BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 29, 2012

CINTA....



Cinta . . .
Satu perkataan melambangkan satu perasaan,
Wujud dalam diri setiap makhluk bernama insan,
Datang tanpa di undang tak kira apa keadaan,
Membuat manusia tak keruan..

Cinta . . .
Anugerah dari Pencipta,
Fitrah manusia memilikinya,
Antara lelaki dan wanita,
kepada sahabat dan keluarga..

Cinta . . .
Punya kuasa luar biasa,
Dengannya bisa bahagia,
Dengannya juga bisa terluka,
Haruskah  milikinya???

Cinta . . .
Untuk mencintai tidak butuh masa yang panjang,
Untuk mengasihi tidak perlu zahir yang mengancam,
Untuk merindui hanya menuntut kepada satu ingatan,
Gerhanalah seluruh pancaindera ..

Cinta . . .
Namanya selalu di minda,
Wajahnya sering terbayang,
Senyumnya menggetarkan,
Kasihnya tiada tandingan..

Cinta . . .
Indah bersulam keimanan,
Sengsara berhiaskan pendustaan,
Manis di siram taqwa,
Pahit  tidak sejiwa..

Cinta...
Jiwa tenang jika keranaNya,
Hati gelisah menyisihkanNya,
Tiada yang kekal hanya Dia,
Serahkan cinta kepada yang selayaknya..





Thursday, February 2, 2012

Bermulalah Perjalananku

 Di mulakan dengan Bismillah....
 

hurm .. hari ni dah masok 1 hb 2/2012.. sungguh pantas masa berlalu .. rasa seperti baru je smlm habis exam SPM.. padahal, hakikatnya dah lebih kurg sebulan lebih dah aku terkeluar dari gelaran budak sekolah..huhu..masih trbayang lagi kenangan ngan kwn2. tapi, macamana pn..semua tu perlu di simpan sbg kenangan terindah bersama kwn2 dlm satu ukhuwah yg qawi..  perjalananku sudah bermula..kini aku sudah bergelar seorg perantau walau result SPM belum di umumkan.. harap perantauanku di bumi Sudan ini di redhoi Allah SWT..sudah masuk 20 hari aku meninggalakn tanah air tercinta.. rasa rindu masih terkawal.. heheheh.. sebelum ni dah biasa berpisah ngan family pn.. btw.. masa akn dtg yg akn menguji kekuatanku.. aku harus kuat dan tabah untuk menjadi seorg pengembara ilmu di bumi Allah.. bekal yg dapat dr MATRI i.Allah dpt d praktikkan di sini.. semua harapan mak ayah pada aku akn ku tunaikn i.Allah.. Harapan aku sendiri i.Allah akn tercapai.. Amin.. Moga Allh sentiasa redho dlm setiap langkahku.. 

                                                                                                                [ beauty tanquillity ]

Thursday, September 15, 2011



Bagaimana mungkin aku mampu tertawa?
Tika teringat dosa yang menimbun,
Sedang pahala tiada terhimpun,
Bagaimana mungkin aku mampu terlupa?
Pada azab yang tersedia di neraka?
Pada hari pembalasan yang pasti tiba?
Sedang diri tiada sedia..
Bagaimana mungkin aku mampu terleka?
Bergelak tawa sedang kubur makin hampir..
Berbahagia sedang diri akan tersingkir ..
Tergelincir dari dunia..
Tersungkur meniti akhirat..
Tercicir mengejar redhaNya
Cukuplah gelak tawa semalam meninggalkan noda..
Noda yang menjadi nakhoda bahtera dunia..
Tatkala dipukul ombak,nyaris maut ditelan ombak..
Mendambakan bahagia seluas langit angkasa..
Tapi kabur dibawa kabus sedang arah terpesong entah kemana..
Menguasai layar dunia tapi angin akhirat sentiasa memberi ingat.
Lemahnya diri menggadaikan iman demi dunia fana..
Jahilnya diri mempertaruhkan iman pada harta,
Lalu,
Berikan aku jawapan..
Bagaimana mungkin aku tertawa kerna dunia?
Dunia yang menjual leka dan kepuraan,
Dibeli dengan dosa yang berkuponkan neraka.
Walhal,
Tangisan jua yang menyedarkan..
Tangisan jua yang membangunkan...
Munajat hamba ke jalan yang Hasanah..
Lantas aku berterusan menangis,
Gelisah iman yang nipis ini terhakis..
Takut akan RedhaNya menghiris..
Risau syahadah yang tak tersebut
di hujung nafas maut..
"Ah,usiamu terlalu muda untuk bertaqwa!
Langkahmu masih jauh wahai anak muda,
Ayuh sementara masih ada masa,
Masih bertenaga dan berupaya..
Kita langgar saja batasan dan syariah yang ada..
Esok bila jasad dimamah usia..
Duduklah menghabiskan masa di tikar sejadah,
Allah kan Maha pengampun Maha Pemurah,
Pasti dia menerima amal dan ibadah.
Barulah hidup namanya!"
Suara ketiga terus memujuk rayu..
Tahukah kau apa sebenarnya CINTA?
Tahukah kau apa sebenarnya RINDU?
Andai kau tahu,
Pasti bibirmu tak henti bertasbih,
Mensyukuri setiap detik nadi yang diberi..
Andai kau tahu,
Pasti jasadmu teguh pada sujud
dan bangun pada tahajud,
Andai kau tahu,
Pasti kering airmatamu menangisi
Limpahan kasih melalui kurniaan rezeki..
Di setiap penghujung s0lat dhuha..
Andai saja kau mengerti..
Pasti musibah menjadi bahagia..
Pasti sakit itu yang kau damba..
Pasti dahimu tak terangkat dari sejadah..
Pasti tangan mu lama menadah..
Mem0h0n Allah terus memberi hidayah..
Cinta yang didamba itulah Pemandu..
Cinta itulah yang menguatkan jiwa khalifah agar setia pada pencipta,
Cinta itulah yang merelakan hati berkorban tanpa balasan..
Cinta itulah yang akur pada ketetapan dan jujur pada perbuatan,
Cinta itu tetap mempesonakan walau dirempuh berjuta dugaan..
Rindu yang menerpa itu Pengajar..
Rindu itulah yang membasahimu dengan tangisan syukur,
Rindu itulah yang meneguhkan janji yang bersimpul,
Rindu itulah yang sentiasa menguji cinta khalifah pada penciptaNya..
Rindu itu tetap menggetarkan hati yang menyintaiNya..
Rindu itulah yang akan terus memuji walau disakiti..
Pada,
Masa yang sentiasa meninggalkan kita jauh.
Umur yang semakin bertambah mendekati langkah..
D0sa yang sentiasa mahu mengekori..
Amal yang masih terumbang-ambing di jalanan..
Iman yang sentiasa diuji ke mana arahnya..
Apakah yang lebih manis melainkan syurga ciptaanNya?
Sedang dunia yang hina lagi dipuja..
Apakah yang lebih seksa dari Azab Neraka?
Sedang hati masih 'wahan' terleka..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

MISS U LOVE U

salam semuanya.... lama tak menulis di blog yang comel ni... rasa rindu la plak..hehe...
tak de apa pun nak kongsi sebenarnya,, saja nak menulis,dah lama blog ni bersawang...ngee...
hmmm.... oklah, bg satu puisi cinta la buat korang...

sayang,
di kejauhan ini;
Ku sentuh hatimu dengan rasaku,
Debarnya debar cinta,
Denyutnya denyut setia,
Kuusap air matamu yang jerneh,
Denagnnya ku sulam rasa kasih,
Kutatap matamu yang duka,
Disitu kutemui makna rela,

Sayang,
Dikejauhan ini,
Kusapa salam setiamu,
Ku sambut senyum mesramu,
Onak,duri dan jeriji besi ini,
Takkan menghalang bicara rasa kita berdua,
Sayang,sayang,sayang....
Semakin terpisah cinta kita semakin indah,
Semakin jauh kasih kita makin kukuh,
Kita boleh hilang segalanya,
Namun kita tak mampu kehilangan CINTA.................



OK TAK???????????
HEHEE.... WASALAM......

Monday, December 6, 2010

ahli baru

tangal 30 zulhijjah,kuarga aku mnerima lagi se1 ahli....anak abang aku yg sulong juga cucu pertama mak n ayah aku.... tak sgka aku dh tua ..hehehe...dh jd m.cik pon ...aku cuma nak kongsi brita gembira ni ngan orang yg mengenali diriku..sekian..

Wednesday, November 3, 2010

sahabat,kekasih dan Rabb....


Diam,
Sunyi, sepi,
Dalam kegelapan ku lihat tiada cahaya,
Menggapai angin malam yg sejuk dingin,
Aku keseorangan,
Menangis menitis airmata beku,
Bagai tiada siapa peduli,
Ku masih berteleku di situ,
Tapi tiada siapa.. kosong.


Diam,
Sunyi, sepi,
Tetap begitu,
Buta mata, buta hati,
Tiada senyuman terukir di bibir,
Tiada ilmu terpahat di dada,
Tiada sayang menerpa di jiwa,
Bagai jasad tiada rohnya,
Begitu aku,
Biar apa di nanti,
Siapaku untuk mentafsir.

Diam,
Sunyi, sepi,
Aku masih kaku,
Dalam diam,
Sayup-sayup namaku,
Dipanggil syahdu,
Lantas ku toleh,
Seluruh dekat ku terasa bernyawa,
Setelah terpampang suatu wajah,
Seorang yang bergelar lelaki.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Salam dihulur, persahabatan di minta,
Kusambut mesra,
Hariku berseri,
Hidupku bermakna,
Alhamdulillah kupanjat kesyukuran,
Anugerah seorang insan,
Bernama sahabat.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Berteman sahabat,
Tanpa kusedari cinta terpatri,
Bermunajat ku pada Ilahi,
Apakah semua ini,
Setakat khayalan atau hakiki.

Diam,
Sunyi, sepi,
Menerjah kembali,
Kala aku berteleku kepada-Mu,
Meminta petunjuk,
Kepada suatu keputusan,
Kepastian menjelma,
Untukmu sahabat,
Maaf ku pinta,
Aku belum bersedia,
Pada cinta yg sementara cuma,
Cintaku kini hanya pada ya-Rabbi,
Penciptaku yang Esa,
Yang memberi anugerah,
Mengenal erti Cinta dan Sahabat,
Terima kasih Ya-Rabb.

Antara sahabat, cinta dan Rabb,
kecintaanku kini hanya PadaMu
                                                                                               
                                                                                                               -iluvislam-

Tuesday, October 26, 2010

diorang buat GILA!!

Malam tu aku ngan mai jaga supper,, pastu ada la bape orang yang menyibuk...(wani,tikah,hazi.)
dah abis sume orang balik dorm, kitowang still lepak kat DM.. Macam biasa.. mesti ada bdak laki dok  mengacau kat sebalik bangunan.. tiba2 muncul satu suara yang mengatakan...."hazi, I love U hazi," maka,muncullah perasaan dengki di hati wani,, and then aku membuat satu perancangan yang agak bernas bagi aku..hehehe.. tapi teramat bodoh bg kawan2 aku..huhuhu..aku duduk atas kerusi mengadap aspuri..hazi berdiri mengadap bangunan akademik putera..(dok mengusha)..hahaha...
pastu diorang bertiga mengikut rancangan aku dan berjalan perlahan2 mengundur ke belakang,,tiba2 p.cik hantar makanan utk breakfast lalu di blakang diorang (diorang tak pasan...hehe) aku tunjuk kat mai suruh berhenti,,tapi....dia makin laju..  last2 tiga2 langgaq p.cik tu.. macam traller rempuh motor..hahahah..dah langgaq bukan nak mintak maaf, pakat larii  lintang pukang,, aku tak tahan tengok diorang,aku lari dulu..huhuhu.. masuk asrama kitorang gelak gila.... inilah satu2 peristiwa yang memalukan ...aku rasa lepas ni diorang sume jadi alim kowt..hehe

Sunday, October 24, 2010

PERIKSA!!

Hmm... hari ni masuk hari ketiga aku peksa...Hari ni kitorang peksa BAHASA INGGERIS... Nak kata susah takde la susah sangat... bolehla..huhuhu... sementara tunggu kawan2 nak study aku nak story la ckit.. ha!! Sebelom terrlupa.. terima kasih kat akak  n  bg cik sbab reply komen saya..dan thankz juga sebab doakan saya... 

OK,nak citer ni. 
Sebelom peksa ari tu aku tepon mak aku.. aku mintak mak tolonng doakan untuk aku.. pastu mak cakap 
"mak sentiasa doakan anak2 mak, hampa tak suruh pon mak tetap doa," waktu tu aku sebak sangat..  aku kadang2 terlupa  nak doakan parents aku tapi diorang tak penah lupakan anak2 diorang..dah la anak diorang 8 orang.. tapi aku ada mak ayah aku je... terokkan aku ni..
Lepas tu aku kata kat mak aku, "mak,milah janji milah akan belajar rajin2, milah akan cuba capai hajat mak ngan ayah," mmmm... so, skang aku kan cuba wat yg terbaek!!! mintak sume doakan aku.. Thats all 4 today... aku nak gi study plak.. ASALAMUALAIKUM!!!!!

Friday, October 22, 2010

New member

haha..first time aku baru nak start buat blog nie..so nak MINTAK TOLONG AJAR larh..
hehe..papepown yang baca tu FOLLOW la.
THNXX